Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan. Renjis warna indah dengan nuansa nyanyi hati. Raikan cinta semesta alam. Andai ada cinta, aman maya dengan sejuta kasih sayang. Satukan hati terbelah dua, menghimpun rindu, menyimpan sayang dan cinta menjadi santapan rohani belaian jiwa. Membara hangat aura gemala mengapung wap cinta ke langit abadi berwarna lazuardi bersama Dewi di gerbang kasih sayang ini. Mahu berkongsi keluh kesah bicara cinta? Email Dewi di ladyeastar@yahoo.com.
Monday 30 January 2012
Telefon..
Perihal Abang Man belum habis. Dia memang rajin menelefon Dewi. Hampir setiap hari. Ada saja hal yang hendak dibualkan. Lebih-lebih lagi tahu Dewi masih belajar di tahun dua, jadi dia mengambil berat mengenai apa yang Dewi makan, apa yang Dewi buat dan sewaktu dengannya. Dewi suka bila ada orang ambil tahu..sedar tak sedar..sudah hampir dua bulan Dewi berbual di telefon dengan Abg Man...
Sunday 29 January 2012
Rindu...
Masih mengenai Abang Man...dia terus dengan momentum menelefon Dewi setiap waktu lapang. Dewi tak pinta dia call, dia yang nak call...Dewi jawab saja. Selama beberapa bulan kami begitu. Kalau hari minggu, sampai panas telinga Dewi tau...oh ya Dewi ada terima email dari seseorang yang menamakan dirinya Ben Sileben...Dewi sertakan emailnya di sini...
Dewi,
Ok Ben, Dewi bagi cadangan..kalau berpapasan dengannya, sila bagi salam dan senyum....cukuplah sebagai permulaan.
Dewi,
Ben ada masalah..harap Dewi boleh tolong...bagaimana nak memenangi hati anak jiran sebelah rumah mak Ben? Gadis tu cantik dan sopan, Ben dah lama intai dia...harap Dewi boleh bagi saranan.
Trimas, Ben..
Ok Ben, Dewi bagi cadangan..kalau berpapasan dengannya, sila bagi salam dan senyum....cukuplah sebagai permulaan.
Saturday 28 January 2012
Blind call..
Petang itu kebetulan Dewi baring-baring depan tv, tengok cerita hindustan seorang diri. Housemate Dewi semua sudah balik ke kampung kerana cuti semester. Yang ada cuma Dewi dan Kak Milah saja. Kak Milah sibuk keluar dengan Abg Talibnya. Tiba-tiba telefon berbunyi, Dewi yang jawab.
"Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Mimi Munaliza?"
"Cik Mimi dah balik. Kenapa Encik?"
"Saya call dari CIMB, nak beritahu loan dia dah masuk untuk semester baru..."
"Baiklah, saya akan beritahu dia.."
"Cik ta balik kampungkah?"
"Saya ada paper yang belum selesai.."
"Owhh Cik apa namanya ni?"
"Dewi, saya Dewi Kartini.."
"Apa boleh saya call Cik Dewi lagi?"
Klik, Dewi putuskan gagang sebab Dewi tak tahu siapa dia kan. Dia kata dia buat panggilan dari CIMB, ntah ya ntah tidak kan...so Dewi abaikan saja..habis petang tu Dewi sambung tengok tv di rumah sewa kami yang sudah senyap itu. Semua dah balik kampung, cuma Dewi saja yg malas nak balik. Dewi tak ada paper pun, saja cakap macam tu..berbalik kepada pemanggil dari CIMB ini...
Ok nanti Dewi sambung ya...ada email masuk..hihi

Siapa Abg Man ...
Biar Dewi kisahkan mengenai Abg Man yang menjadi kesayangan Dewi..cara Dewi kenal Abg Man pun unik tau...korang tahu tak macam mana...blind call..haa romantik kan...sebab tu Dewi panggil dia Abg Man..roMANtis giteww...
Friday 27 January 2012
Salam cinta...
Cinta yang hangat
santapan jiwa
pengubat duka...
Apa khabar kesayangan Dewi semua? Ada bicara cinta? Mahu bicara mengenainya? Marilah sayang...Dewi ada banyak cinta untuk diraikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)