Saturday 28 January 2012

Blind call..

Petang itu kebetulan Dewi baring-baring depan tv, tengok cerita hindustan seorang diri. Housemate Dewi semua sudah balik ke kampung kerana cuti semester. Yang ada cuma Dewi dan Kak Milah saja. Kak Milah sibuk keluar dengan Abg Talibnya. Tiba-tiba telefon berbunyi, Dewi yang jawab.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Mimi Munaliza?"
"Cik Mimi dah balik. Kenapa Encik?"
"Saya call dari CIMB, nak beritahu loan dia dah masuk untuk semester baru..."
"Baiklah, saya akan beritahu dia.."
"Cik ta balik kampungkah?"
"Saya ada paper yang belum selesai.."
"Owhh Cik apa namanya ni?"
"Dewi, saya Dewi Kartini.."
"Apa boleh saya call Cik Dewi lagi?"

Klik, Dewi putuskan gagang sebab Dewi tak tahu siapa dia kan. Dia kata dia buat panggilan dari CIMB, ntah ya ntah tidak kan...so Dewi abaikan saja..habis petang tu Dewi sambung tengok tv di rumah sewa kami yang sudah senyap itu. Semua dah balik kampung, cuma Dewi saja yg malas nak balik. Dewi tak ada paper pun, saja cakap macam tu..berbalik kepada pemanggil dari CIMB ini...

Ok nanti Dewi sambung ya...ada email masuk..hihi


No comments:

Post a Comment